kembali

assalamualaikum.. insyaAllah, ingin menyambung ceritaku di wordpress.. dah lama tak buka wordpress ni..

lupa emel apa guna untuk website ni..hihihi..

moga semuanya berjalan lancar.. dan dipermudahkan Allah untuk kehidupan baru aku.. smile.. (:

till then, pen off..

Kasih padamu Rasulullah

Rasulullah.. Dalam sirahmu.. Ku temu tulusnya cinta.. Demi umatmu berkorban jiwa sehingga hujung nyawa.. Kau di utus atas nama kebenaran. Dengan fasih lidah beri penjelasan. Sabar dalam apa jua keadaan. Tak goyah dengan ranjau tekanan.

Walau diri bisa menakluki takhta tetap rendah hati penuh sederhana… Semuanya kerana lillahi ta’ala..

***********************
Ingat lirik ni? Tak mengapalah tak sukakan muziknya.. Tapi liriknya bermakna bukan? 🙂

Tak mengapalah tak rasa apa yang penulis rasa.. Semua orang boleh memaknakan tiap2 lirik tu sendiri..

Hebatnya ujian Nabi semasa zamannya.. Hebat dan gemilangnya Islam.. Agama Allah..
Alhamdulillah.. Kesyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana kita dilahirkan dalam keadaan muslim.. Alhamdulillah..

Semangat juang tertinggi yang Rasulullah tinggalkan kepada kita.. Rindunya pada baginda.. Allah.. Terlalu rindu..  

senaman cermin

senaman cermin

berapa ramai orang dari kita berani lihat diri sendiri ketika berada di hadapan cermin? tengok diri sendiri dalam tempoh yang lama?
kalau kita sendiri tak mampu nak tengok mata kita sendiri dalam cermin, maknanya kita benci dengan diri kita sendiri..
begitu juga dengan orang yang tidak boleh hidup sendiri..
sikit-sikit nak dengan handphone, facebook, nak berbual-bual dengan kawan, nak berkicau di twitter..

orang yang tenang.. dia tak kisah even handphone nya tiada disisi..

kenapa nak sunyi, gelisah bila sendiri? Allah kan ada.. Allah sentiasa ada untuk kita.. tiap masa.. berapa kerap kita ingat dan sebut nama Allah bila kita tengah senang? cuba ingat.. selami diri sendiri.. muhasabah..

Awas! Penghasut!

Pesanan aku pada kalian.. Jangan sesekali menjadi penghasut dalam hubungan seseorang..

Dalam tak sedar, kamu sedang memegang title “busybody”.. Kalian sedarkah?? Dari sekecil kecik masalah, menjadi sebesar besarnya tatkala kalian masuk campur hal pasangan tersebut..
Dan seterusnya.. Kalian ‘lari’ .. ‘bagus’.. Lepas kalian kucar kacirkan hidup mereka, kalian buat tak tahu..

Aku pun tak tahu nak panggil apa kat manusia macam ni..

Satu je aku nak cakap, kau tak rasa berada dalam situasi tu. Tak lama lagi kamu akan rasa. What u give, u get back! Tuhan itu maha adil, bukan?